Wednesday, October 20, 2010

Encik Ahmad Yusoff Meninggal Dunia - 20.10.2010

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, Allahyarham Encik Ahmad Yusoff Bin Mohd Isa, telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 17.10.2010 bersamaan 9 Zulkaedah 1431H. Allahyarham yang berumur 53 tahun meninggal dunia jam 4:40 petang di Hospital Sri Kota, Klang, Selangor akibat serangan jantung. Allahyarham bertugas sebagai Penyelia Teknik di Unit RNO Zon 3, Shah Alam, Selangor. Jenazah Allahyarham telah selamat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pada pagi hari Isnin bersamaan 18.10.2010. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada Syarikat kami dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

No comments: