Monday, October 25, 2010

Elia Suhana hilang hak melawat DYMM Sultan Ismail Petra - 25.10.2010

Semalam 24.10.2010 Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan memutuskan bahawa isteri kedua Mantan Sultan Kelantan, Elia Suhana hilang hak lawatan untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kedua DYMM Sultan Ismail Petra. Hak berkenaan diterima oleh Elia Suhana secara exparte pada 04.10.2010. Hakim Mohammed Yusoff Awang dalam penghakimannya membuat keputusan bahawa penyampaian atau perintah hak lawatan Elia Suhana ke Singapura tidak sah kerana mahkamah disini tidak mempunyai bidang kuasa mengenai apa yang berlaku di Singapura. Mahkamah Syariah Tinggi Kota Baharu hanya berkuasa melaksanakan perintah di dalam Malaysia sahaja.

Pada 04.02.2010 Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan telah mengeluarkan perintah membenarkan Elia Suhana Ahmad, Isteri kedua Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra bertemu secara rasmi dengan baginda bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Perintah itu membenarkan beliau bersama DYMM Sultan Ismail Petra bermula jam 07:00am setiap Sabtu hingga Jam 07:00am hari Isnin. Walau bagaimanapun beliau tidak pernah dapat berjumpa suaminya kerana dihalang oleh Isteri pertama suaminya, YMM Raja Perempuan Tengku Anis. Elia Suhana melalui peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan telah membawa kes ini ke mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu telah menerima permohonan YMM Raja Perempuan Tengku Anis untuk mengetepikan perintah lawatan yang diperolehi secara exparte oleh Elia Suhana tanpa memberikan penjelasan lanjut. Begitu juga Mahkamah telah memihak kepada YMM Raja Perempuan Tengku Anis, Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan Zaiton Hussein Merican untuk membatalkan notis tunjuk sebab kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota baharu untuk membenarkan Elia Suhana melaksanakan perintah exparte untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri yang dikeluarkan pada 04.02.2010 berkenaan. Dengan keputusan Mahkamah ini berakna ketiga-ketiga mereka terlepas daripada hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan kerana ingkar perintah mahkamah.

Semalam, Fakhrul memaklumkan bahawa anak guamnya akan memfailkan rayuan ke atas keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah berhubung kehilangan perintah lawatan berkenaan. Beliau memaklumkan bahawa Elia Suhana berasa hairan berhubung penarikan hak lawatannya kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu sendiri yang telah mengeluarkan perintah berkenaan sebelum ini. Macam-macam hal terjadi di Kelantan nie. Syah berharap agar Elia Suhana bersabar dengan dugaan ini dan tidak berputus asa menegakkan kebenaran bak kata pepatah orang Indonesia Disaat satu pintu itu tertutup akan terbuka pintu yang lain.

No comments: