Wednesday, September 22, 2010

Mantan Raja Nepal dilarang Menghadiri Majlis Keagamaan - 22.09.2010

Inilah yang dikatakan nasib, bila berkuasa semua orang hormat bila tiada kuasa orang tak pandang sebelah matapun sebab itulah ada sesetengah pihak mempertahankan kuasa yang ada pada mereka atau ketua mereka supaya mereka juga akan mendapat menafaat dari tempias kekuasa seseorang itu. Sedih atas apa yang berlaku kepada Mantan (bekas) Raja Nepal, Gyanendra yang telah digulingkan pada 2008 oleh Perhimpunan Perlembagaan Nepal yang mengambil keputusan untuk menyingkirkan system monarki Nepal dengan mengujudkan sebuah republic Nepal hingga hari ini.

Gyanendra Bir Birkam Shah Dev semasa zaman kegemilangannya sebagai King of Nepal


Semalam 21.09.2010 Kerajaan Nepal telah menghalang beliau daripada menghadiri satu majlis keagamaan yang dikenali sebagai Majlis Kesyukuran Tahunan disebuah kuil di Katmandu. Upacara sembahyang dan doa ini adalah sebagai tanda bermulanya Perayaan Indra Jatra bagi membolehkan raja dan pemerintahnya ditadbir dengan aman dan damai. Semasa era pemerintahan beraja di Nepal, Raja Nepal akan menerima doa seorang kanak-kanak perempuan bernama Kumari disebuah kuil sebagai satu program rasmi negara. Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Jayamukunda Khanal, berkata keputusan untuk melarang mantan Raja Nepal daripada menghadiri majlis itu dibuat atas sebab keselamatan tetapi enggan memberi keterangan lanjut. Insiden ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan kemarahan serta mendapat kutukan keras daripada penyokong raja dan sami kuil berkenaan.

No comments: