Wednesday, September 29, 2010

Ku Li Akan Rampas Kerusi Galas - 28.09.2010

Tahniah dan Syabas kepada semangat Kerabat DiRaja Kelantan ini, MP Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang berazam untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Kerusi DUN Galas kosongkan akibat kematian penyandangnya, Allahyarham Che Hashim Sulaima, 46 kelmarin 27.09.2010 kerana barah paru-paru yang dihidapinya hampir setahun yang lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 04:30pm di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas lima hari dimasukkan ke hospital berkenaan. Sebelum ini Allahyarham dikatakan mendapat rawatan secara tradisional sekitar Kuala Lumpur semenjak 14 September lalu. Allahyarham meninggalkan dua orang isteri dan 12 orang anak berumur diantara enam bulan hingga 19 tahun. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan malam semalam di Kampung Kerinting, berhampiran rumah isteri pertamanya. Al-Fatihah untuk Allahyarham Che Hashim Sulaima, Semuga Rohnya DiTempatkan Bersama Orang-Orang Yang Solleh. AMIN.
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
MP Gua Musang, Kelantan

Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa dia akan bekerja keras bersama pemimpin lain bagi menentukan kerusi DUN Galas yang telah dimenangi oleh PAS dalam Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 646 undi itu kembali semula ketangan Barisan Nasional (BN). Tambah YBM lagi, UMNO Gua Musang tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghadapi Pilihan Raya kecil berkenaan dikawasan yang pernah menjadi kubu BN itu. Buat masa ini YBM sedang berada diluar negara atas urusan penting yang perlu diselesaikan dan telah menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awal sehingga beliau kembali semula ke Kelantan dalam waktu terdekat ini.

No comments: