Thursday, September 30, 2010

Gelaran Tengku Temenggong Kelantan, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra Ditarik - 30.09.2010

YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Mantan Tengku Temenggung Kelantan


Berita Terbaru dari Negeri Cik Siti Wan Kembang bahawa Sultan Muhammad ke-V telah menarik balik perlantikan dan penganugerahan gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) kepada adindanya YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra berkuatkuasa mulai hari ini 30.09.2010. Surat pemakluman telah diserahkan kepada YAM Tengku Fakhry melalui kakitangan Istana Mahkota jam 10 :00am tadi. Selain daripada itu Sultan Muhammad ke-V juga turut menarik semula tauliah perlantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi). Sehubungan dengan itu YAM Tengku Fakhry tidak boleh lagi menggunakan gelaran Tengku Temenggung Kelantan. Kenyataan berhubung perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam satu sidang akhbar dipejabatnya hari ini.

No comments: