Friday, August 6, 2010

Lambat Masuk Kerja - 06.08.2010

Today 06.08.2010 Syah masuk lewat ke pejabat 10 minit kerana Bas di Rawang Residence tak muncul-muncul. Macam biasa Syah tunggu 06:30am tak datang sampai 06:40pm still tak ada juga. So Syah ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja hingga simpang jalan besar. Biasanya jalan kaki almost one hours, tapi nasib baik selepas lima minit jalan kaki ada sebuah lori berhenti dan tanya "mau pergi mana" dan Syah cakap depan dan dia ajak Syah naik. Pemandu dan kelindannya orang India, dia inform duduk di Taman yang sama dan hendak ke Sungai Buluh kerana hendak hantar barang. Dia turunkan Syah disimpang jalan utama. Muda lagi orangnya awal 30an dan sudah beristeri dan ada anak satu. Inilah namanya 1 Malaysia, menolong tak kira bangsa. Shukur Alhamdulilah. Dari jalan utama Syah naik bas Metro (RM1.00 tapi tiket tak bagi) ke Stesyen KTM. Sampai stesyen keretapi baru jalan dan tunggu next train yang dijadualkan jam 07:15am tapi datang agak lewat.

Sampai office my Boss, Dik Nor ingatkan mengenai Briefing on the revised SOP Management of Petty Cash di aras 50, Menara TM bermula jam 09:00am. Ingat hendak ke kelinik tapi kena beri priority pada kerja dulu. Masa Q&A Syah keluar ke Kelinik Zariff @ -1, Menara TM hampir jam 11:45am. Minta doktor periksa kenapa Syah buang air kecil kadangkala rasa sakit sedikit. Syah kadangkala mengalami masalah kencing ini tapi kali ini doktor kata tak ada apa-apa cuma air kencing Syah pekat menyebabkan kencing tu kadangkala rasa sakit. Syah inform dia Syah makan Jusmate 5 dan dia nasihatkan kena minum banyak air jika tidak dehydrated. Tapi Syah rasa setiap jam Syah minum, mungkin tak cukup dan kena minum banyak lagi dan Syah akan kurangkan pengambilan Jusmate 5 dari dua kali kepada sekali sahaja lepas ini.

Sekarang hampir jam 12:10 tengahari dan nak prepare untuk solat Jumaat. Petang nanti ada appointment dengan May di NY jam 06:30pm. Lepas solat nanti nak transfer duit dalam akaun Azrin untuk bagi Nenek dia di Pontian coz esok mungkin dia balik Pontian, Johor hantar ibunya (Kak Cik) yang akan berpuasa di kampung selama sebulan untuk jaga nenek yang sedang uzur, Raya baru balik Rawang semula.

No comments: