Friday, August 6, 2010

Istana Negara Beri Penjelasan - 06.08.2010

Semalam 05.08.2010 Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival yang diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 04.07.2010 adalah atas urusan Rasmi Kerajaan Malaysia dan menafikannya ianya atas sebab peribadi. Dalam kenyataan itu Istana Negara juga menolak kenyataan yang mendakwa baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan kerana pihak penganjur telah dimaklumkan oleh Istana Negara bahawa baginda tidak dapat menghadiri majlis santapan selepas konsert.
  • Sehubungan dengan itu Istana Negara ingin menasihatkan pihak yang terbabit dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin akan mengeliru dan disalah tafsir oleh rakyaat.
Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan The Malay Mail bertajuk Being Frank : Selangor Royal Snub, Date with the Queen (Isnin/ 02.08.2010) dan "It was not a royal snub' (Selasa / 03.08.2010) telah menarik perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Laporan hari Selasa memaklumkan Kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapisiti peribadi dan beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir.

No comments: