Tuesday, July 27, 2010

Tuanku Mizan Rasmi Tilawah Al-Quraan Peringkat Antarabangsa - 27.07.2010

Sebentar tadi lebih kurang jam 09:54pm Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah merasmikan Tilawah Al-Quraan Peringkat Antarabangsa kali ke-52 yang diadakan dengan penuh gilang gemilang di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur. Turut mengiringi baginda adalah SPB Raja Permaisuri Agong. Hadir sama pada malam ini adalah TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Isteri, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Isteri, Perdana Menteri dan Isteri serta Datuk Mashitah Ibrahim. Tema Tilawah pada tahun ini adalah Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah. Seramai 76 peserta daripada 47 buah negara akan memperdengarkan bacaan al-quraan pada tilawah tahun ini yang akan berlangsung selama lapan hari mulai malam ini. Daripada jumlah 76 peserta, 47 orang daripadanya adalah qari dan 29 orang adalah qariah.

Sebagai pembuka acara pada malam ini, para hadirin dan hadirat telah diperdengarkan dengan bacaan al-quraan oleh Ahmad Tarmizi Haji Ali dari Malaysia. Beliau berumur 25 tahun berasal dari Terengganu merupakan pelajar Lepasan Institute Darul Quraan dan sekarang bertugas sebagai Imam dan pengurus Masjid Hidayah Kelana Jaya, Selangor. Beliau merupakan Johan menghafal ql-quraan peringkat kebangsaan 2010.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan mencemar duli untuk istiadat Persembah kenal kepada para juri dan kesemua wakil-wakil qari dan qariah yang bertanding. Pada malam ini Pengerusi Tilawah telah membuat kejutan mengumumkan dalam ucapannya bahawa PM kita telah bersetuju untuk menambah budget bagi hadiah wang tunai pemenang-pemenang dan para peserta pada tahun ini. Jika sebelum ini dimaklumkan bahawa Johan akan menerima USD 4,000.00 iannya akan ditambah kepada USD 10,000.00, Naib Johan USD 3,000 kepada USD 7,000.00, Tempat Ketiga USD 2,000 kepada USD 4,000.00 dan untuk Hadiah Saguhati pula daripada USD 1,000.00 kepada USD 1500 untuk semua para peserta.

Selepas Tilawah Al-Quraan ini dirasmikan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan lagu tema Tilawah kali ini iaitu Al-Quraan oleh Kior Jemputan dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, manakala Nora Ariffin pula menyampaikan lagu bertajuk Pedoman.

Majlis Tilawah pada malam pertama ini dimulai dengan bacaan ayat 106 surah Al-Baqarah oleh Qari dari Moroco, Abdelkrim. Peserta keuda pula merupakan qariah dari Sinegal bernama Nedey membaca bermula ayat 147 surah Al-Baqarah. Peserta Ketiga, Mohd Munir dari India membaca bermula ayat 132 surah Al-Anaam. Seramai tiga orang peserta telah dipilih untuk memperdengarkan bacaan Al-Quraan pada malam pertama ini. Setiap peserta diperuntukkan masa lebih kurang 5 minit untuk memperdengarkan bacaan masing-masing.

Tilawah akan bersambung esok ditempat yang sama bermula tepat jam 08:30pm dan anda semua dijemput hadir bagi menyemarakkan Tilawah Al-Quraan Peringkat Antarabangsa 2010 ini. jika anda tiada kesempatan, anda boleh menyaksikannya secara langsung di TV1. So kita ada tujuh malam lagi untuk bersama-sama qari dan qariah ini di Dewan Merdeka, PWTC. Lebih kurang jam 10:40pm tadi Tuanku Mizan telah berangkat pulang meninggalkan majlis didahului dengan lagu Kebangsaan Negara Malaysia - Negara Ku.

No comments: