Sunday, July 18, 2010

Sambutan hari Keputeraan Sultan Brunei - 18.07.2010

Patik Merafak Sembah Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang ke 64 Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Dirgahayu Tuanku Patik.

Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam dalam era penjajahan British di Brunei. Baginda merupakan anakanda sulung kepada KDYMM Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan KDYMM Al-Marhumah Paduka Suri Seri Begawan Raja Pangiran Anak Damit binti Al-Marhum Y.A.M. Pangiran Anak Abdul Rahman. Menaiki tahta pada 05 Oktober 1967 menggantikan ayahandanya yang turun tahta secara sukarela. Selepas turun tahta Sultan Omar menggunakan gelaran Kebawah Duli (Yang Maha Mulia) Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan memegang jawatan Menteri Pertahanan sehinggalah baginda mangkat pada 7 September 1986. Hasil daripada perkahwinan dengan tiga orang isteri, Baginda Sultan dikurniakan dengan 12 orang putera/puteri. Isteri-Isteri baginda adalah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Hajah Mariam dan Azrinaz Mahzar Hakim. Hajah Mariam dan Azrinaz sudah diceraikan oleh Baginda Sultan.

Bermula pada hari Khamis lepas bersamaan 15 Julai 2010 Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Keputeraan Sultan Brunei dengan berbagai-bagai aktivit selama sebulan. Disini Syah hendak beritahu secara ringkas sambutan kemuncak Hari Keputeraan Baginda Sultan yang diadakan pada 15.07.2010.

Majlis sambutan Keputeraan dimulakan pada malam 14.07.2010 dimana KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bersama-sama rakyat, kerabat Diraja dan tetamu-tetamu kehormat ke Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah bagi menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah, membaca surah yaasin, tahlil dan doa kesyukuran bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-64. Keberangkatan tiba Baginda Sultan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah telah disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis bermula dengan solat fardu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Yahya Haji Ibrahim, disusuli dengan solat sunat hajat diimamkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Salim Haji Besar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan membaca surah yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Suhaili Haji Mohidin. Doa Kesyukuran pun dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia Dr Haji Abdul Aziz Juned. Majlis diakhiri dengan solat fardu Isyak berjemaah yang telah diimamkan oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid Bakal. Turut bersama dalam majlis ini adalah Mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.


Pada keesokan harinya, 15.09.2010 pagi KDYMM Baginda Sultan berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-64, di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan. Turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat-kerabat Diraja disambut oleh YTM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Setia Haji Aminuddin Ihsan Haji Abidin dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pehin CP Dato Paduka Seri Zainuddin Jalani. Baginda Sultan kemudian berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan Tembakan Meriam sebanyak 21 das dan seterusnya berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan. Upacara diteruskan dengan pasukan-pasukan perbarisan dan panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Panji-Panji Pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Panji-Panji Pasukan Polis Diraja Brunei berjalan lalu di depan Pentas Diraja dalam gerak perlahan dan cepat sebelum beratur semula yang diikuti dengan laungan tiga kali daulat untuk Baginda Sultan. Pasukan-pasukan Perbarisan kemudian mara ke hadapan dan memberi tabik hormat diraja dan diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.

Kemudiannya pada hari yang sama 15.07.2010 KDYMM Baginda Sultan berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-64. Turut mengiringi Baginda Sultan di atas Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman itu ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Raja Isteri adalah satu-satunya permaisuri Baginda Sultan buat masa ini selepas penceraian Baginda Sultan dengan Azrinaz Mahzar Hakim baru-baru ini.

  • Istiadat dimulai dengan pengurniaan bintang Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama kepada YAM Pengiran Bini Hajah Faizah Dato Haji Nasir (isteri Pengiran Sufri yang pernah berkahwin dengan Maziun Hamzah) dan bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
  • Bintang Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri Setia kepada tiga orang penerima iaitu Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral TNI Djoko Santoso, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan Haji Abidin.
  • Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.) kepada Rodman R. Bundy dari Evershade (Frere Cholmedely) Perancis dan Profesor Alan Vaughan Lowe dari Universiti Oxford, United Kingdom.
  • Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Paduka kepada 23 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Haji Bahrin Abdullah, Duta Negara Brunei ke luar negeri, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai kanan kerajaan lain.
  • Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.) kepada 10 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar.
  • Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.) kepada 41 orang penerima termasuk Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Hajah Adina Othman, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan individu dari sektor swasta.
  • Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Ketiga (S.L.J.) kepada Kichinosuke Sada dari Jepun.
  • Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Pangkat Pertama (P.H.B.S.) kepada 13 orang penerima termasuk 6 orang yang berjawatan menteri.

Majlis berakhir dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz Juned.

Baginda Sultan menerima mengadap Princess Basma Talal
Memang terlalu padat jadual Baginda Sultan Sempena Hari Keputeraan ke 64 ini. Pada hari yang sama juga Baginda Sultan telah berkenaan menerima mengadap tetamu-tetamu negara sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan. Diantaranya ialah mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan lain-lain pembesar / wakil-wakil ketua negara asing.

Baginda Sultan menerima mengadap Mantan Perdana Menteri Kita, Tun Abdullah Hj Ahmad Badwi dan Isteri, Tun Jane Abdullah.

Pada sebelah malam 15.07.2010 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Memperingati Hari Puja Usia (Birthday) Baginda Sultan ke-64 tahun di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah. DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Dato Laila Utama Pengiran Bini Hajah Faizah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, serta kerabat-kerabat Diraja yang lain dan tetamu negara. Ketibaah Baginda Sultan dan Kerabat DiRaja Bacaan didahului dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Aziz Juned.

2 comments:

SONEAR QECIT said...

Tolong Telephone saya 0134803962 Saujana Agriculture and Soil Consultancy bagi membantu saorang saudara kerabat Sultan Berunai yang miskin umur 63 pencen RM500. Dia salasilah Awang Ariffin bin Hj Maarof(Pewaris Pengiran Mat Salleh) No 722 LorongSerindik 2/1 .Taman Tunku Putra,09000 Kulim Kedah

SONEAR QECIT said...

olong Telephone saya 0134803962 Saujana Agriculture and Soil Consultancy bagi membantu saorang saudara kerabat Sultan Berunai yang miskin umur 63 pencen RM500. Dia salasilah Awang Ariffin bin Hj Maarof(Pewaris Pengiran Mat Salleh) No 722 LorongSerindik 2/1 .Taman Tunku Putra,09000 Kulim Kedah