Friday, July 23, 2010

Azrinaz Mahzar Hakim - 23.07.2010

Azrinaz sewaktu menjadi isteri Sultan Brunei dan dengan penceraian beliau sebulan yang lepas segala gelaran DiRaja dan Darjah Kebesarannya dilucutkan serta merta oleh Sultan Brunei.


Hari ini Utusan Malaysia mengeluarkan artikel mengenai Janda Sultan Brunei, Azrinaz Mahzar Hakim. Akhbar itu memperkatakan mengenai tanda tanya dimana Azrinaz berada sekarang kerana tiada sesiapapun mengetahuinya manakala laman web social facebook beliau juga telah ditutup. Syah sendiripun yang selalu menulis mengenai kerabat diraja ini tidak pernah terlintas difikiran untuk mengetahui dimana beliau berada sekarang. Kalau soalan itu ditanya kepada Syah, Sudah tentu jawapannya dia masih di Brunei dan tidak mungkin Sultan Brunei sanggup melepaskan waris-warisnya menjalani kehidupan sebagai seorang rakyat biasa. Sultan Brunei adalah seorang yang bertanggungjawab dan Syah pasti dia tidak akan melepaskan zuriatnya kepada orang lain dan Azrinaz terpaksa berada di Brunei jika ingin berdampingan dengan putera dan puterinya yang masih kecil yang tidak faham apa yang berlaku kepada kedua ayahanda dan bondanya. Perlu kita ingat Sultan Brunei adalah Pemerintah Monarki Penuh Brunei dimana Baginda adalah Pemerintah Kerajaan yang mempunyai kuasa eksekutif bukan seperti Yang di-Pertuan Agong atau Sultan-Sultan di Malaysia. Bagi Syah biarlah Azrinaz menjalani kehidupannya sendiri dan adalah tidak wajar bagi kita untuk mengetahui hal peribadi beliau. Bak kata orang dia sudah pencen dari tugas-tugasnya dengan kerajaan Brunei dan biarlah dia berehat tanpa sebarang gangguan. Dia juga manusia biasa seperti kita, tak lari dari melakukan sebarang kesilapan. Beliau sudah jadi seperti kita semua, tanpa body guard, tanpa gelaran, tanpa disembah dan tanpa keistemewaan sebagai seorang kerabat DiRaja Brunei. Mungkin anda ada terfikir mengapa Azrinaz bercerai dengan Sultan Brunei yang terkenal dengan kekayaannya itu, TETAPI Kita perlu ingat Wang bukanlah segala-galanya dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia yang fana ini.

Dalam Kenangan :- Azrinaz dimajlis cukur jambul Putera Sulungnya di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.

No comments: