Tuesday, July 13, 2010

Datuk Seri Najib Di Kurnia Darjah Kerabat Brunei - 13.07.2010

  • Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman hari ini.
PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam malam tadi untuk lawatan kerja selama dua hari. Ketibaan Datuk Seri Najib dan rombongan di Brunei International Airport telah disambut oleh Menteri Pembangunan Brunei, Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awg Hj Suyoi bin Hj Osman serta Menteri kedua Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awg Lim Jock Seng. Pada hari ini Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah berkenan menerima mengadap Datuk Seri Najib dan delegasi Malaysia di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Baginda juga telah berkenaan mengurniakan Datuk Seri Najib, Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam - Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-64. Gelaran bagi anugerah ini adalah Dato Laila Utama. Anugerah ini hanya dikurniakan kepada kerabat diraja atau ketua kerajaan berdasarkan hubungan dua hala yang rapat. Sambutan ulangtahun Sultan Brunei akan diadakan selama sebulan bermula 15.07.2010 ini. Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badwi akan menerima Bintang Kebesaran yang sama pada 15.07.2010 (khamis) ini. Individu pertama di Malaysia yang menerima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) ini adalah mantan PM yang amat kita kasihi iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.


88726639 - mohd afdul - .

No comments: