Tuesday, June 8, 2010

Sultan Kelantan Sebenarnya Masih Gering - 08.06.2010

Gambar lama semasa Al-Sultan Kelantan dirawat di Hospital Mounth Elizabeth, Singapura bersama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Putera Bungsu Baginda Tengku Temenggung Kelantan Tengku Muhammad Fakhry.

Hari ini Harian Metro melapurkan bahawa semalam mereka menerima maklumat dari sumber Istana Mahkota menyatakan tahap kesihatan Al-Sultan Kelantan masih belum pulih sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai Sultan Kelantan. Walau bagaimanapun akhbar berkenaan tidak mendedahkan siapakah individu yang membuat kenyataan berkenaan. Dengan kenyataan ini seolah-olah telah menyankal kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Fahkry sebelum ini yang menyatakan bahawa Al-Sultan Kelantan telah pulih dan boleh menjalankan tugas pada bila-bila masa sahaja.

Menurut sumber berkenaan, buat masa ini Baginda masih mendapat rawatan intensif daripada Pakar Perubatan Nephrologi dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan dan dua minggu sekali dari pakar perubatan dari Kuala Lumpur dan Selangor. Baginda mendapat rawatan dan pemerahatian perubatan 24 jam sehari oleh kakitangan hospital yang bertugas secara giliran. Sumber itu memaklumkan doktor yang merawat baginda bukanlah terdiri daripada panel sepuluh orang pakar yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia dan Kelantaan.

No comments: