Thursday, June 24, 2010

Istana Monaco Istihar Pertunangan Prince Albert - 24.06.2010

Semalam 23.06.2010, pihak Istana Monaco telah mengistiharkan pengumuman pertunangan His Serene Higness, Prince Albert of Monoco dengan Charlene Wittstock, seorang bekas perenang olimpik Afrika Selatan yang telah bermastautin ke Monaco. Walau bagaimanapun, pengumuman tersebut tidak menyatakan tarikh perkahwinan mereka tetapi telah menjawab tandatanya rakyaat berhubung gosip perhubungan mereka. Mengikut protocol di Monoco, pasangan diraja terpaksa menunggu enam bulan untuk berkahwin selepas pertunangan mereka diumumkan secara rasmi. Prince Albert mula berkenalan dengan Wittstok pada tahun 2000 sewaktu beliau menyertai pertandingan renang di Monaco. Beliau merupakan perenang Afrika Selatan di sukan olimpik Sydney, Australia pada tahun 2000 tetapi tidak memenangi sebarang pingat. Sebelum berpindah ke Monaco pada 2006, beliau merupakan seorang guru.

Gambar terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Istana Monaco semalam selepas pertunangan pasangan DiRaja diumumkan secara rasmi

Jika DYTM Raja Dr Nazrin Shah berkahwin dalam usia 50 tahun, Prince Albert menamatkan zaman bujangnya dalam usia 52 tahun manakala pasangannya berusia 32 tahun. Baginda merupakan anak kedua Prince Ranier dan Princess Grace dari 3 orang adik beradik iaitu kekandanya Princess Caroline dan adindanya Princess Stephine. Jika perkahwinan ini berlangsung maka penantian selama 30 tahun oleh rakyat Monaco untuk mempunyai "First Lady" akan menjadi kenyataan semenjak kematian bonda Putera Albert, Princess Grace yang dikenali seluruh dunia pada zaman tersebut seperti kita mengenali mendiang Princess Diana sekarang. Selepas menaiki tahta dan tidak mempunyai waris yang sah (walaupun ada gosip menyatakan baginda mempunyai anak diluar negara), parlimen Monoca pada tahun 2000 telah merubah undang-undang untuk membenarkan salah seorang putera Princess Caroline, Prince Andria untuk menjadi Pewaris Tahta jika Prince Albert tidak mempunyai anak yang sah. Diharap dengan perkahwinan ini dapat melahirkan seorang pewaris yang akan meneruskan legasi baginda di Monaco. Heheheh Penulis Blog bila lagi .. nak tunggu 50an juga ker? Kuang...kuang...kuang

No comments: