Saturday, June 26, 2010

Kembara Mahkota Johor - 26.06.2010

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dalam salah satu Program Kembara Mahkota Johor. Waktu ini baginda merupakan DYAM Tengku Mahkota Johor.

Tentunya anda semua pernah mendengar mengenai Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang sering diperkatakan di mediamassa sekarang ini. Apakkah itu KMJ? KMJ merupakan satu program yang diasakan hasil idea DYMM Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar pada tahun 2001. Sewaktu itu baginda merupakan DYAM Tengku Mahkota Johor dan sebab itulah dinamakan Kembara Mahkota Johor. Program pertama ini telah dimulakan dengan menjelajah seluruh lapan daerah di Negeri Johor pada masa itu menggunakan motosikal kuasa tinggi kepunyaan baginda dengan diiringi oleh beberapa orang tokoh korporat, VVIP serta ketua-ketua jabatan.

Objektif utama KMJ adalah untuk : -
  • Mengeratkan hubungan Istana Johor dan Rakyat
  • Membuat kerja amal dan kebajikan
  • Meninjau pembangunan dengan lebih dekat
  • Mendapatkan maklumat mengenai masalah, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat secara terus
  • Sebagai langkah memprosi produk pelancungan di Negeri Johor
Hasil daripada keberkesanan pioneer program ini, maka Tuanku Ibrahim telah berkenaan untuk menjadikannya sebagai salah satu program tahunan Istana Johor sehingga sekarang. Kembara ini dilakukan dalam berbagai-bagai cara seperti bermotosikal, pacuan empat roda, menaiki bot, keratapi dan menjelajah kampung orang asli. Paling istemewanya dalam program ini adalah Tuanku Sultan Ibrahim dan kerabat Diraja akan bermalam dirumah salah seorang penduduk yang dipilih selain daripada bersukan dan beramah mesra dengan rakyat. Pada tahun ini program bermula hari ini 26.06.2010 menggunakan perkhidmatan keretapi dengan jarak perjalanan sejauh 391.3 km bermula di Johor Baharu selama tiga hari seperti berikut :-

  • 26.06.2010 Sabtu:- Daerah Johor Baharu (JB Central), Daerah Kulai Jaya (Kampung Pertanian),Daerah Kluang (Stesyen KTM Rengam-Dewan berhampiran stesyen Rengam, dan Stesyen KTMB Kluang - Jalan Station Dataran Persiaran Dato' Ismail Hassan dan Kem Mahkota Keluang)
  • 27.06.2010 Ahad : - Daerah Kluang (KTMB Keluang), Daerah Segamat (Stesyen KTM Labis - Kampung Paya Merah, Labis, Stesyen KTMB Tenang - Pekan Tenang, Stesyen KTMB Segamat - Dataran Segamat & Kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat)
  • 28.06.2010 Isnin :- Daerah Segamat (KTMB Segamat, Stesyen KTMB Gemas, Negeri Sembilan, Stesyen KTMB Bekok - Dewan serbaguna Bekok), Daerah Keluang - Stesyen Layang-layang, Pekan Layang-layang), Stesyen KTMB Johor Baharu (Stesyen Danga City Mall/JB Sentral)
Kepada semua warga Johor marilah bersama-sama menyemarakkan Program Kembara Mahkota Johor 2010 yang akan diadakan di daerah anda semua seperti jadual di atas. Inilah masanya anda semua untuk bertemu Sultan Johor dan kaum kerabatnya secara dekat dan menyuarakan segala masalah yang terbuku dihati. Syah mendoakan agar program Tuanku Sultan Ibrahim, Kembara Mahkota Johor ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. AMIN.

................... DIRGAHAYU TUANKU PATIK ....................

No comments: