Monday, May 10, 2010

Tengku Rozan/Salawani Buat Kenyataan - 10.05.2010

Kekanda kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan, YAM Tengku Salwani bt Al-Marhum Sultan Yahaya Petra dan Tengku Rozan bt Al-Marhum Sultan Yahaya Petra telah mengadakan satu sidang akhbar di Rumah Kelantan, Kuala Lumpur pada hari Ahad lepas bersamaan 09.05.2010 bagi menerangkan kekeliruan akibat kemelut yang melanda keluarga diraja Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.


Dalam kenyataannya, mereka berharap semua pihak memberi kepercayaan kepada Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra melaksanakan tanggungjawab baginda sebagai Pemangku Raja dan apa yang dilakukan baginda adalah untuk kebaikan keluarga diraja Kelantan sendiri. Mereka menyokong penuh pendirian Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kemelut yang menimpa keluarga diraja ini diselesaikan sesama kerabat diraja tanpa membuka pekung didada.

Disebelah kiri merupakan Tengku Rozan manakala sebelah kanan pula Tengku Salwani. Tengku Salwani merupakan bonda kepada pelakun Shah Reza yang kini bergelar Datuk. Gambar sewaktu sidang akhbar yang diadakan di Rumah Kelanan semalam.


Mereka mendakwa Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis dan kekanda (Kakak) mereka Tengku Merjan yang mengawal ketat Tuanku Sultan semasa di HUSM. Tengku Salwani memaklumkan apa yang berlaku pada 04.05.2010 lalu, sebenarnya Tengku Anis dan Tengku Merjan berada diluar wad selama satu jam kerana pada waktu itu Pemangku Raja Kelantan berada didalam wad berkenaan. Pihak polis terpaksa menjalankan arahan Pemangku Raja Kelantan yang tidak membenarkan sesiapa masuk ke wad bekenaan kerana tidak mahu berlaku kekecohan yang akan menjejaskan kesihatan Tuanku Sultan. Katanya "semasa titah arahan diberikan, Tengku Anis telah pulang ke Istana Mahkota untuk tujuan yang beliau sahaja yang tahu".


Tengku Rozan memaklumkan, sebenarnya beliau dan Tengku Salwani telah dilarang oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis untuk melawat Tuanku Sultan semasa baginda mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Pelawat-pelawat lain termasuk Pakar Perubatan dari Malaysia dan pakar agama juga tidak dibenarkan menemui Tuanku Sultan di Singapura.


Tengku Rozan juga turut menyangkal kenyataan bekas Yang DiPertua Majlis Perajaan Negeri, Tengku Abdul Aziz Tengku Hazah merupakan ayahanda (bapa) saudara Sultan sebaliknya memaklumkan bahawa beliau merupakan ayahanda saudara kepada Raja Perempuan Kelantan dan merupakan suami kepada kekanda sulung Tuanku Sultan Kelantan iaitu Tengku Merjan.

No comments: