Wednesday, May 5, 2010

Tengku Anis dan Fakhry di Halang - 05.04.2010

Mengikut perancangan asal Istana Mahkota, Tuanku Ismail akan menjalani rawatan susulan selama sepuluh hari di Hospital Mount Elizabeth, Singapura bermula hari ini 05.04.2010. Segala perbelanjaan adalah atas pembiayaan peribadi dan tidak melibatkan kerajaan negeri. Walau bagaimanapun berlaku beberapa insiden yang tidak diduga telah berlaku ekoran daripada perancangan ini.


Tuanku Ismail dan rombongan sepatutnya menaiki pesawat sewa khas ke Singapura melalui Kota Baharu, Kelantan pada jam lebih kurang 11:30 pagi. Walau bagaimanapu pesawat berkenaan tidak dibenarkan mendarat oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSIP), Pengkalan Cepa, Kota Baharu, Kelantan.


Bertindak daripada insiden ini, pada sebelah petangnya lebih kurang jam 06:00 petang, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah mengadakan sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan berhubung masalah ini. Beliau mendakwa beberapa ajensi kerajaan turut terlibat dalam perkara ini dan berharap mana-mana pihak yang terlibat disiasat dengan adil. Beliau berkata "kalau inilah caranya pihak berkuasa melayan Tuanku Sultan, maka rakyat biasa janganlah menaruh harapan".


Perancangan membawa Tuanku Sultan ke Singapura diteruskan dengan menaiki pesawat komersial yang dijangka berlepas ke KLIA pada jam 07:50 malam dan dari KLIA ke Singapura pada jam 10:45 malam. Semasa hendak bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, rombongan Diraja ini telah ditahan oleh Pasukan Polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) lebih kurang 50 meter dari pintu gerbang Istana Mahkota. Tuanku Sultan dan Raja Perempuan telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk diberikan rawatan susulan masalah jantung oleh pakar tempatan. Manakala Tengku Fakhry, dua orang doktor dan pengawal peribadi Tuanku telah dibawa ke Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Polis Kelantan untuk soalsiasat.


Tengku Anis dalam kenyataannya menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku pada malam tadi. Katanya "belum pernah sepanjang umur saya 61 tahun ini ini Tuanku dilayan sebagai penjenayah. Mengapa mereka tergamak buat macam ini sehingga mengejutkan Tuanku sendiri". Semasa di HUKM Tengku Anis mendakwa tidak dibenarkan menemani Tuanku dan telah ditempatkan di salah sebuah pejabat HUSM dengan kawalan anggota polis. Tengku Anis hanya dibenarkan bertemu Tuanku pada jam 01:00pagi. Tengku Fakhry dilihat keluar dari IPK pada jam 10:10malam manakala nasib dua orang doktor dan pengawal peribadi Tuanku Sultan tidak diketahui.



Mengikut kenyataan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad , Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan Sultan lebih terjamin. Kawalan ketat ini adalah penting demi keselamatan Tuanku berikutan insiden pengawal Istana Diraja yang ditembak didada pada 01.05.2010 tempohari. Berdasarkan titah (arahan) ini seramai 50 anggota polis telah mengadakan kawalan ketat di HUSM. Pihak polis sebenarnya menahan Tengku Fakhry dan orang-orangnya bukan sebagai penjenayah tetapi untuk mengelakkan mereka membawa Tuanku Sultan Kelantan keluar negara. Pemangku Raja Kelantan sebenarnya telah berkenan supaya Tuanku dirawat oleh pakar tempatan berbanding pakar dari luar negara. Menurut sumber dari Istana, Tuanku Sultan akan diterbangkan dengan pesawat kerajaan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

No comments: