Monday, March 29, 2010

Syah @ ASTRO - 27 - 28.03.2010

Today Syah di ASTRO untuk beri moral support kepada Fikri yang dapat masuk segmen Jangan Lupa Lirik - JLL. Jam 10:00am we all bertolak dari Rawang ke Bukit Jalil dengan dua buah kereta. Azrin, Syah and parents dia satu kereta manakala Firdaus, Fikri dan Ashura satu kereta lagi. Amsyar tak boleh pergi kerana tak cukup umur, so Mak Long and Pak Long jaga dia di Rumah. Gambar kat bawah tu masa di Lobby ASTRO, Macam hendsome jer kan......................... hua hua hua teringat lirik lagu indonesia, Wali Band - Mencari Jodoh : Ibu-ibu bapak-bapak, Siapa yang punya anak, Bilang aku, aku yang tengah malu, Sama teman-temanku, karena cuma diriku ................................
Cuaca bukanlah main panasnya. Walau bagaimanapun kami disediakan F&B oleh pihak ASTRO. Bolehlah daripada tak ada. Perihatin juga dia orang nie. Lebih kurang jam 02:00pm masuk studio rakaman, tapi tunggu punya tunggu tak start-strt lagi. Mereka maklumkan ada technical problem. So mereka minta kami semua keluar dulu dan akan dipanggil kemudian. Masa di luar Firdaus call kat tak jadi dan mereka minta datang semula hari Isnin tapi Fikri inform mereka dia tak available on Monday kerana ada exam. Jadi rakaman terpaksa dibuat esok, Ahad jam 06:00pm. Actually rakaman hari ini ditunda kerana nak beri laluan kepada rancangan Khas JLL untuk Artis. Ooooooooo itu macam haaa. So we all pun baliklah semula ke Rawang coz dah penat menunggu tadi, so tak joinlah rakaman Jangan lupa lirik untuk artis tu.

On the 2nd day - Kami bertolak lebih kurang jam 04:00pm. Syah dan Azrin dari KL manakala parents dia dari Rawang. Azrin ke KL Coz dia ada program Bone Scan Promotion di Setiawangsa dan Syah @ Rumah KL dan sempat masak Ketam Masak Lemak, Pari Asam Pedas & Kailan Goreng Belacan makan dengan nasi putih. CD buat nasi goreng dan cucur bilis. Actually tak ada plan nak masak cuma nak beli telur ayam jer dengan Muss (untuk buat cucur bilis CD) tapi bila dah tiba Pasar Tani lain pula ceritanya. Actually Muss tak boleh makan sea food kerana gaut tapi Syah kesihan tengok dia pegang-pegang ketam lalu Syah beli jer tiga ekor. Sian dia.
Berbalik pada cerita JLL tadi, Sampai sahaja di ASTRO tak ramai yang hadir. We all tunggu bawah khemah yang disediakan manakala pihak catering sedang sibuk menyediakan F&B untuk kami, artis dan krew. Tak lama kemudia rombongan penontonpun sampai tak silap Syah ada dua Bas. Mereka ini dari Cheras dan Batang Kali, semuanya remaja-remaja. Mereka-mereka nielah yang akan keluar dalam TV nanti sebagai penonton dan mana yang agak berumur mereka letakkan ditempat yang camera biasanya tak focus. Syah dapat masuk dalam kumpulan remaja nie mungkin mereka confuse dengan umur Syah kot. Hehehhe tu jer yang nak bagi tau sebenarnya. Nanti tengoklah kat TV yek. Rakaman bermula jam 08:00pm dan selesai jam 10:30pm. Rancangan di hostkan oleh pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Haji Nawawi manakala artis jemputan Shela - one in a million atau senang cakap anak ND Lala. Pelampung Fikri, Abangnya Firdaus.

Fikri dapat melepasi tahap RM10K. Aznil bertanya jika dia hendak teruskan atau tidak dan jika gagal dia hanya akan membawa pulang RM5K sahaja. Walau bagaimanapun dia ingin mencuba tetapi dia gagal semasa diperingkat RM25K. Walau bagaimanapun dia berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Cuma nasib tak menyebelahi dia, tak ada rezeki kata orang. Sebenarnya dia dah dapat lirik tu dan kemudiannya tak berapa pasti sehingga dia menggunakan talian hayat pertama iaitu meminta Firdaus menyanyikan semula lagu itu. Lagu Sheila On 7 - Melompat Lebih Tinggi. Ada 10 tapak kosong dan semuanya betul kecuali ayat terakhir iaitu Tentangan. Disebabkan ini lagu Indonesia dan liriknya mestilah mengikut lirik bahasa asal, lirik sebenarnya Tantangan bukan Tentangan. Kerana kesilapan satu huruf sahaja iaitu E (sepatutnya A) Fikri pulang dengan RM5K sahaja. Lima ribu pun siapa nak bagi macam tu jer kannnnn. So Tahniah Fikri. Kalau nak tahu rules game nie siapa yang pernah masuk tak dibenarkan menyertainya untuk kali kedua walaupun ditahun yang lain. Dengarnya tahun depan Ashura dan Azrin nak masuk Jangan Lupa Lirik. Apa-apapun best of luck lah yer.

No comments: