Wednesday, March 10, 2010

Sultan Kelantan Cerai Isteri - 10.03.2010

Gemparrrrrrrr. Berita terbaru mengenai perkahwinan Tuanku Sultan Ismail Petra. Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar memaklumkan bahawa beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad pada jam 3.30 petang semalam di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan atas titah KDYMM Sultan Kelantan sendiri. Zainul mendakwa Baginda telah melafazkan sendiri cerai berkenaan pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa orang saksi. Mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada hari Ahad, 04 April 2010 jam 09:00am.
Sama-samalah Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran ini dan biarkan Mahkamah Syariah menjalankan tugas-tugasnya mengikut hukum yang ditentukan oleh Allah bukanya hukum yang ditentukan oleh manusia. Syah percaya Kelantan dibawah pemerintahan PAS (Parti Islam Semalaysia) yang adil dan bijaksana ini akan melaksanakan humum Islam yang adil dan saksama. Mudah-mudahan kebenaran memihak kepada yang benar. AMIN.

No comments: