Wednesday, March 31, 2010

MPN - 31.03.2010

MPN? apa tu yer. MPN atau Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah merupakan satu institusi penting yang mengesahkan pelantikan seeorang Sultan, pengganti Sultan, Pelantikan Pemangku Raja dan penamatan pelantikan. Pada 26.03.2010, Pengerusi MPN, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan pelantikan YAM Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim sebagai Yang DiPertua (YDP) MPN yang baru menggantikan Tengku Seri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Hamzah yang telah dibatalkan perlantikannya sebagai YDP MPN berkuatkuasa mulai tarikh 25.03.2010. Keadaan ini berlaku kerana kesilapan beliau sendiri yang telah mengisytiharkan secara persendirian pada 25.03.2010 penamatan pelantikan YMM Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja yang didakwa dilakukan atas titah Sultan Kelantan pada 24.03.2010 dan beliau telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan mengantikan YMM Tengku Muhammad Faris Petra. Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan.

Tengku Abdul Halim

Pada 29.03.2010 Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Khairy pula telah dilantik sebagai salah seorang anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) ke 18. Beliau merupakan seorang Juruterbang Malaysia Airline System (MAS) berumur 47 tahun. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad memaklumkan Tengku Ahmad Farizanudean, akan dianugerahkan darjah kebesaran Kelantan iaitu Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Kelas Pertama dalam istiadat pengurniaan hari ini di Istana Balai Besar, Kota Baharu Kelantan.

Terdahulu, 16 September 2009, Pemangku Raja Kelantan, telah membatalkan perlantikan adindanya, Tengku Temengung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dalam Majlis Perajaan Negei Kelantan.

Ahli-ahli MPN terdiri daripada :-

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Timbalan Pengerusi

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra

Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra

Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz

Datuk Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra.

Datuk Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra

Datuk Wan Hashim Wan Ahmad

Datuk Tengku Faridah Almarhum Sultan Ibrahim

Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad

Peguam Datuk Sukri Mohamed.

No comments: