Wednesday, March 24, 2010

LRT Stuck - 24.03.2010

Semenjak semalam orang ramai merungut LRT Stuck dari Jam 08:00am hingga 11:00am baru ok. Semalam CD kata mereka menyediakan perkhidmatan shuttle bus dari Stesyen Melati ke Ampang Park. Tak tahu apa masalahnya. Pagi nie stuck lagi coz bila Syah naik ke platform macam tak boleh nak lalu kerana ramai orang menunggu train. Syah turun dan tanya security tapi katanya train ok dan dia cadangkan Syah menggunakan platform yang menuju ke last station iaitu stesyen Putra. So terpaksalah buat macam tu, kalau tidak, tak tahu pukul berapa baru dapat naik train. Macam inilah keadaan passenger di Stesyen LRT Melati yang tak dapat masuk kerana train alreaddy full. Untung Syah ikut idea security tadi.... hehheheheh. Syah terjumpa Yaya practicle student Syuhada dalam train tersepit dicelah-celah manusia yang ramai tu, sian dia. Disebabkan keadaan tidak mengizinkan tak dapat ambil gambar dia. Kesian passenger dari stesyen-stesyen seterusnya tak dapat naik tren dan kalau dapat naikpun hanya seorang dua sahaja, itupun kalau ada passenger lain yang turun. Pihak pengurusan LRT harus mengambil tindakan segera bagi memantau masalah ini dan menaik taraf sistem pengurusan LRT yang merupakan salah satu sistem perkhidmatan pengangkutan awam utama di Malaysia.

No comments: