Monday, March 15, 2010

Elia dihalang masuk Istana Kelantan - 14.03.2010

Pagi semalam 13.03.2010 Cik Puan Elia Suhana dan peguamnya Fakrul Azman (ditengah gambar) tidak dibenarkan masuk ke Istana Mahkota. Pengawal memaklumkan kepada Cik Puan dan rombongan bahawa beliau tidak dibenarkan masuk dan meminta maaf kerana menjalankan tugas yang diamanahkan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan. Cik Puan dan rombongan tiba didepan pintu gerbang Istana lebih kurang jam 07:00am dan beredar 15 minit kemudian kerana tidak dibenarkan masuk walaupun menunjukkan surat mahkamah kepada pengawal.

Dengan nada terkilan dan sedih beliau memaklumkan kepada yang berada di pintu gerbang Istana Mahkota bahawa sebagai seorang isteri beliau mempunyai hak untuk bersama suami dan kehadirannya pada pagi Sabtu ini adalah berdasarkan perintah mahkamah yang membenarkan beliau melawat Tuanku Sultan Kelantan secara giliran setiap hari Sabtu hingga pagi Isnin. Katanya "Saya akan mendoakan kesihatan Tuanku, Semuga Tuanku mendapat Rahmat Allah SWT". Syah doakan semuga Cik Puan Elia Suhana Ahmad tabah menghadapi dugaan ini. Sabar adalah separuh dari Iman dan mungkin ini dugaan yang harus Cik Puan lalui dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang. Yang benar pasti akan mendapatkan haknya.

No comments: