Sunday, March 7, 2010

BZ Seminggu Dua - 07.03.2010

Seminggu dua nie memang Syah BZ dan tak sempat update blog. Saya nak recall beberapa aktiviti Syah.

23.02.2010 - Appointment dengan Mei @ New York Skin Solution. Lama tak kesini coz ada urusan lain dan appointment ditunda.

27.02.2010 - Temankan Azrin family ke Sure Heboh di Bukit Jalil dan lepas tu dinner kat area Sekolah Teknik Gombak, Fikri dah rindu makan kat sekolah lama dia. Sedap nasi goreng USAnya tak kedekut toke nie- Seriouse.

28.02.2010 - Pagi nie Syah tekejut kerana kelopak mata kiri Syah bengkak. Syah ke kelinik panel TM naik bas pagi nie dan doktor kata infection. Oklah 2 @ 3 hari sembuh. Petang nya pula CD dan Muss datang Rawang. So Syah tumpang dia balik KL sekali. Ingat hendak bawa balik kitten tapi coz nak singgah TESCO Rawang tak jadi dan baru semalam mereka datang ambil kitten. So Muss beli grocery di TESCO dan lepas tu dinner @ Pak Li Kopitiam.

No comments: