Sunday, January 10, 2010

Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim Meninggal Dunia - 10.01.2009

Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim, 85, meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam hari Sabtu kerana sakit tua. Allyahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Disember 1924 dan merupakan wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang. Anda boleh menyemak blog saya bertajuk Makam Pahlawan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Makam Makam Pahlawan ini.

Allyahyarham Tun Tan Sri Dr Fatimah Hashim
ALFATIHAH
kepada Tun Tan Sri Dr Fatimah Hashim.
Semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
AMIN
Menurut kenyataan anak kelima Allahyarham, Abdul Karim Abdul Kadir kepada Bernama, Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara selepas menerima kebenaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kepada yang ada kelapangan marilah kita bersama-sama ke Masjid Negara untuk menghadiri upacara pengkebumian Allahyarham pada hari ini.

No comments: