Saturday, January 23, 2010

Pemakaman Sultan Johor - 23.01.2010

Sebelum Jenazah Almarhum Sultan Iskandar diarak ke permakaman dengan menggunakan pedati diraja, Istiadat Permasyuhran Tunku Ibrahim sebagai Sultan Johor yang baru disempurnakan terlebih dahulu.
Istiadat ini dimulai dengan permasyhuran Baginda sebagai Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor ke 5 diikuti dengan laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali.Kemudianya lagu kebangsaan negeri johor dimainkan dan Tuanku Ibrahim melakukan tabik hormat kepada kawalan kehormat.Shukur alhamdulilah Istiadat Permakaman Marhum Iskandar berjalan dengan sempurna dan lancar tanpa sebarang ganguan. Jenazah bertolak dari Istana Besar ke Komplek Makan Diraja Mahmoodiah seperti yang dijadualkan. DYAM Raja Muda Johor dan YAM Tunku Bendahara berada diatas pedati sepanjang perjalanan ke Makam.
Didalam komplek makam inilah Almarhum disemayamkan untuk selama-lamanya dalam istiadat penuh tradisi diraja Johor.
Jenazah telah siap untuk dimakamkanJenazah Almarhum dimasukkan dalam liang lahat dengan dibantu oleh cucunda Almarhum sendiri dan kerabat diraja disamping petugas.
Bacaan doa dan talkin oleh Dato' Noah. Sedih dan pilu semua mendengar talkin yang dibacakan oleh beliau. Kelihatan YAM Tengku Bendahara selalu mengesat air mata beliau.
Istiadat permakaman diakhiri dengan upacara menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Iskandar oleh Raja-Raja dan Kerabat DiRaja Johor. Dianggarkan seramai 10,000 orang menghadiri istiadat memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Iskandar.

No comments: