Wednesday, January 27, 2010

Sultan Kedah Pemangku Yang di-Pertuan Agong - 27.01.2010

Pada hari Selasa bersamaan 26hb Januari 2010 Sultan Kedah, KDYMM Tuanku Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia telah diistiharkan sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan akan menjalani rawatan fisioterapi di sebuah kelinik pakar dalam pemulihan ortopedik, traumatologi dan kardiologi di Medical Park, Bad Wiessee, St. Hubertus, Jerman selama 21 hari. Baginda telah berangkat ke Munich diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta anakanda Baginda.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut keberangkatan tiba Tuanku dan Sultanah Kedah Tuanku Hamimah dan rombongan di KLIA. Turut serta Datin Sri Rosmah dan Senator Major Genral (B) Datuk Jamil Khir Baharom. - Gambar BH
Watikah pengistiharaan telah disampaikan oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Darul Aman, Jalan Kedah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Selepas watikah perlantikan dibacakan oleh PM, Tuanku telah berkenaan menandatangani watikah berkenaan yang membolehkan Baginda menjalankan tugas-tugas Yang Di-Pertuan Agong selama sebulan mulai 26hb Januari 2010 hingga 25hb Februari 2010.

Tuanku berkenan menandatangani watikah perlantikan sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong di Istana Darul Aman, Kuala Lumpur. - Gambar BH

Terdahulu dari itu Tuanku Abdul Halim telah berkenaan melantik empat anggota Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman bagi menjalankan tugas-tugas rasmi Sultan Kedah semasa Baginda menjalankan tugas rasmi Pemangku Yang di-Pertuan Agong. Anggota Jemaah Pemangku ini terdiri daripada Tengku Bendahara sebagai Yang DiPertua dan tiga anggota Jemaah Pemangku terdiri daripada Tunku Temenggong Kedah, Tunku Laksamana, dan Tunku Panglima Besar. Istiadat perlantikan telah berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Kedah. Keempat-empat anggota jemaah telah melafazkan sumpah yang disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Hussin dan Ketua Hakim Syarie Datuk Wira Sheikh Yahya Jusoh. Baginda bertitah agar Rakyat Kedah memberi sokongan dan taat setia kepada anggota Jemaah Pemangku Sultan yang telah dilantik dan meminta agar anggota-anggota Jemaah Pemangku Sultan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan adil untuk kepentingan rakyat.Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Dipertua Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Tunku Temenggong Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
Tunku Laksamana Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

No comments: