Thursday, January 14, 2010

Keputeraan Tuanku Muhriz - 14.01.2009

Hari ini merupakan Hari Keputeraan ke 62 Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, D.K, D.K (Perak), D.K. (Perlis), D.K.Y.R, P.P.T. Baginda diputerakan pada 14 Januari 1948 dan merupakan anak lelaki tunggal Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Almarhumah Tunku Ampuan Durah Tunku Besar Burhanuddin.
Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang ke 62 kepada DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, Semuga Dipanjangkan Umur dan DiMurahkan Rezeki.
DIRGHAYU TUANKU PATIK
Pada malam hari Khamis lalu bersamaan 07 Jan 2009 telah diadakan majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Baginda di Masjid Negeri. Turut hadir pada majlis ini ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, kerabat diraja, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan, anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah sebelum bacaan Yasin diikuti doa selamat dan solat Isyak dengan dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad. Akhir sekali Jamuan makan malam telah diadakan perkarangan Masjid Negeri.

No comments: