Thursday, January 14, 2010

Darjah Kebesar, Bintang & Pingat - 14.01.2010

Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Muhriz hari ini, Lima Darjah Kebesaran yang baru telah diperkenalkan iaitu :-
  • Darjah kebesaran baru itu ialah Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM)
  • Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM)
  • Darjah Tuanku Muhriz (DTM)
  • Pingat Setiawan Tuanku Muhriz (STM)
  • Pingat Bentara Tuanku Muhriz (BTM)

Tiga orang kekanda Tuanku Muhriz iaitu Datin Tunku Anne Dakhlah, Tunku Deborah dan Tunku Deanne dikurniakan Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (DKYR). Turut menerima darjah itu ialah dua orang anakanda Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Datuk Seri Adnan dan Tunku Imam Tunku Datuk Seri Mahmud. Sebanyak 803 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena keputeraan Tuanku pada hari ini yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan penerima tunggal Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Jurulatih bola sepak Liga Super Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, menerima pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS), manakala 16 pemain skuad yang mengharumkan nama baik Negeri Sembilan di arena bolesepak negara telah menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

No comments: