Wednesday, January 13, 2010

Cucunda Baru Sultan Brunei - 13.01.2010

Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Hj Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Hj Abu Bakar telah mengistiharkan bahawa KDYMM Sultan Brunei telah berkenaan untuk menamakan cucunda Baginda yang baru diputrikan dengan nama Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah Pengiran Anak Khairul Khalil.
Cucunda Baginda ini dilahirkan pada 06 Januari 2010 tepat jam 5:30pm. Syah doakan agar beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki semuga dengan kelahiran ini akan mengeratkanlagi silaturahim antara kedua ibubapanya hingga ke akhir hayat. Bondanya adalah anakanda keempat Tuanku Sultan Brunei iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan suaminya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil Pengiran Syed Hj Jaafari.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2007 di Bandar Seri Bagawan dengan majlis resepsi diadakan di Istana Nurul Iman dengan penuh adat istiadat diraja Brunei.

No comments: