Thursday, December 24, 2009

Senarai Susunan Kekananan Raja2 & TYT - 24.12.2009

Disini Syah ingin berkongsi dengan semua berhubung susunan kekananan (seniority) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri pada peringkat persekutuan. Maklumat ini Syah perolehi dari Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri seperti berikut :-
1. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia XIII
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb Disember 2006 dan ditabalkan pada 26hb April 2007.
2. Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15hb. Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb Februari 1959.
3. Sultan Pahang
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.
Naik Tahta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 07hb Mei 1974 dan ditabalkan pada 06 Mei 1957.
4. Al-Sultan Kelantan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada 29hb Mac 1979 dan dimahkotakan pada 30hb Mac 1980.
5. Sultan Johor
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 11hb Mei 1981.
6. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.
Naik Takhta Kerajaan Negeri PErak Darul Ridzuan pada 03hb Februari 1984 dan ditabalkan pada 09hb Disember 1985.
7. Raja Negeri Perlis
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17hb April 2000 dan ditabalkan pada 07hb Mei 2001.
8. Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22hb November 2001 dan ditabalkan pada 08hb Mac 2003.
9. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29hb Disember 2008 dan ditabalkan pada 26hb Oktober 2009.
10. Pemangku Raja Terengganu
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Dilantik pada 12hb Disember 2006
11. Yang DiPertua Negeri Sarawak
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 02hb April 1977 hingga 01hb April 1981.
Dilantik semula pada 05hb Disember 2000 selama tempoh 4 tahun
Dilantik semula pada 05hb Disember 2004 selama tempoh 2 tahun
Dilantik semula pada 05hb Disember 2006 selama tempoh 2 tahun dan
Dilantik semula pada 05hb Disember 2008 selama tempoh 1 tahun
12. Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 01hb Mei 2001
Dilanti semula pada 01hb Mei 2005 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 01hb Mei 2009 selama tempoh 2 tahun
13. Yang Di-Pertua Negeri Sabah
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 01hb Januari 2003 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 01hb Januari 2007 selama tempoh 4 tahun
14. Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 04hb Jun 2004 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 04hb Jun 2008 selama tempoh 4 tahun

No comments: