Wednesday, December 9, 2009

Sambal Sotun (Sotong) Kering - 09.12.2009

Sudah tiga minggu adik CD, Biha dan anak saudaranya datang rumah kerana cuti sekolah. Syah nampak CD gembira jer ialah manatak nya adik dan anak saudara dia ada bersama-sama. Dalam keadaan dia macam tu memang dia memerlukan keluarganya. Maknya tak dapat datang kerana memang tak sihat dah lama dah.
Hari Sabtu hari tu (05.12.2009) CD dan Biha masak sambal sotong kering. Mula-mula sotong kering tadi direndam semalaman. Bila sudah kembang ianya dipotong kecil-kecil ikut kesesuaian kita.

Inilah Biha, adik kesayangan CD sedang memasak.

Blend bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis (masak) sehingga garing. Tambahkan sedikit tomato dan cili sos. Masukkan juga sedikit kicap untuk mencantikkan warnanya.

Masukkan sotong kering yang telah dipotong tadi, gaul hingga rata dan biarkan seketika.

Masukkan air kedalam kuali dan renihkan (didihkan) hingga air tadi (kuah) menjadi pekat baru diangkat.

Inilah hasilnya Sotong Kering Sambal. Selamat mencuba.

No comments: