Monday, December 14, 2009

Makam Sultan Terengganu Ke-15 - 14.12.2009

Sultan Terengganu Ke-15, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah diputerakan pada 11 Disember 1939 oleh bondanya Tengku Tengah Zaharah bt Tengku Omar. Baginda dilantik sebagai Sultan Terengganu selepas kemangkatan ayahandanya pada 20 September 1979. Istiadat pertabalan dijalankan pada 2 Mac 1981 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Mangkat di Singapura pada 14 Mei 1998 dan dimakamkan dalam sebuah bangunan di Masjid Al-Muktafi Billah, Ladang, Kuala Terengganu.
Baginda berkahwin dengan DYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu, Tengku Ampuan Bariah bt Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor. Sekarang dikenali sebagai YMM Tengku Ampuan Bariah. Isteri kedua Baginda, YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff dari Singapura, dikurniakan 3 orang putera dan 3 orang puteri termasuk KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Isteri ketiga Baginda Cik Khatijah dari Terengganu, dikurniakan seorang putera.
Syah dihadapan bangunan Makam Al-Marhun Tuanku Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di dalam kawasan Masjid Al-Muktafi Billah, Ladang, Kuala Terengganu. Selain daripada makam Al-Marhum Tuanku Sultan terdapat 2 lagi makam didalamnya iaitu makam puteri sulung baginda dan bonda mertua Al-Marhum Tuanku.
Makam Al-Marhum Tuanku dilihat dari arah pintu masuk utama makam. Makam Al-Marhum dilihat dari pelbagai sudut termasuk kedua-dua nisan Baginda.


Atas :Ini pula adalah makam bonda kepada YTM Tengku Besar Terengganu iaitu Bonda Mertua Al-Marhum Tuanku. Dilahirkan pada 1910 dan mangkat pada 11 Julai 2005 jam 04:05pm.

Bawah : Makam anakanda sulung Al-Marhum, Al-Marhumah Tengku Farah Quraishiyah Puteri bt Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mukatifi Billah Shah. Mangkat kerana sesak nafas. Diputerikan pada 01 Januari 1961 dan mangkat pada 25 Febuari 2001. Ini adalah makam Bonda Al-Marhum Tuanku Sultan. Makam ini terletak didalam kawasan Makam Di-Raja Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Tengku Tengah Zaharah bt Tengku Omar adalah cucunda kepada Sultan Ahmad 1 Pahang di sebelah ayahandanya dan bondanya Raja Badariah bt Sultan Sir Idris Murshid Al-Azam, Sultan Perak. Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung diambil sempena nama beliau. Diputerikan pada 1911 dan Mangkat pada 17 April 1979 di Istana Badariah, Kuala Terengganu. Tengku Tengah Zaharah telah berpisah dengan Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Tengku Ampuan waktu itu adalah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah bt Tengku Seri Setia Raja. Tengku Ampuan Intan Zaharah masih hidup lagi hingga sekarang.

No comments: